Friday, November 4, 2011

PENGENALAN SISTEM 3 FASA SAMBUNGAN DELTA

Sistem bekalan AU tiga fasa biasanya dikendalikan dalam dua bentuk sambungan iaitu Bintang & Delta. Dalam sambungan delta 3 fasa-3 dawai. Dengan kata lain, sistem satu fasa hanya boleh diperolehi daripada sistem bekalan sambungan bintang sahaja, tetapi sistem bekalan tiga fasa boleh diperolehi daripada kedua-dua sambungan bintang dan delta. 

Dalam sistem tiga fasa sambungan delta (D), tiga gegelung disambung dalam segitiga tertutup, terminal talian diunjurkan dari titik penyambungan dua gegelung berturutan. Tiga terminal talian hanya akan menyediakan penyambungan kepada sistem bekalan tiga fasa tiga dawai. 

Kedua-dua sistem banyak digunakan bergantung kepada kesesuaian dalam berbagai aspek seperti aras voltan, bentuk sambungan fasa, jumlah kuasa, saiz kabel dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment